:::Facebook Produk Digital Percuma::: KLIK DIBAWAH!

Showing posts with label Cabaran Dan Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Cabaran Dan Pertandingan. Show all posts

Tuesday, April 14, 2009

Kelab Untuk Internet Marketer?

Salam!

Ko nak baca ke entry nie? Lupakan jika ko tengah bosan sebab entry ini pasti akan lebih membosankan ko! Itu nasihat pertama aku...

KelabIM.Com?

Satu nama laman sesawang... Ko pernah dengar tak?

Kalau pernah ko nie memang dikira amat bertuah!
Sebab aku pun baru 1st time dengar... Hehehe...
Tak sangka pulak aku IM aka Internet Marketer ada kelab kat Malaysia.
Ada la juga aku menjenguk ke sana buat beberapa kali untuk melihat perubahan.

Dan dibawah adalah sedikit "benda" yang aku dapat grab di sana yaz!

Info Whois? Hasil perisikan beberapa orang kanan dan kiri aku,
sesawang ni diwujudkan bermula hujung November tahun lepas.
Hampir 6 bulan camtu...

Dan setakat ini aku kecewa sebab aku belum jumpa apa-apa TagLine yang
dapat memberi kekuatan kepada laman web ini.
Hanya panduan dan maklumat yang dicoretkan! Semata-mata info!
Terlalu ringkas! Tiada apa yang perlu dibanggakan sangat oleh pemiliknya...
Aku tak pasti ianya menggunakan konsep auto blog atau dilakukan secara manual.

Ko tak percaya? Percayalah... atau ko pegi tengok sendiri...
KelabIM.Com ini tidak mempunyai paparan muka hadapan
yang dapat menarik pelayar internet yang bergelar orang baru aka newbie.

Aku yakin jika orang yang baru mengenal komputer menjenguk ke sana,
pastinya pening bosan seolah-olah sedang membaca buku teks.
Cuma ianya diautomasikan kedalam komputer dan ada video...
Sesawang yang hanya ada tulisan-tulisan dan beberapa video,
dengan grafik yang amat minima dah cukup membosankan aku.
Hohohoho... Itulah pendapat jujur aku...
Aku harap ianya akan lebih menarik di masa mendatang...

Itu la realitinya. Dengan hanya bersandarkan kepada tag:


KelabIM.com boleh dikatakan sukses juga kalau nak ikut pada konsep Pengoptimuman Enjin Carian yang dihebohkan sejak dua menjak ni. Kalau ko tanya je pakcik Google ko tue dengan kata kunci "Kelab IM", tidak sesampai sesaat laman sesawang ini akan berada di tangga teratas. Kira dah ok la tue... Dan aku pun dah dikira membantu nie... :)

Results 1 - 10 of about 274,000 for kelab im. (0.18 seconds)

Penggunaan pilihan Wordpress dan Inanis Glass WordPress Theme banyak membantu
dalam reka dan bentuk laman sesawang ini. Dan hasil dari kedudukan Alexa juga semakin meningkat dari hari ke hari. Aku bukan nak puji, tapi aku yakin tak lama lagi...
jika caranya betul kedudukannya pasti tergolong dalam dalam ranking yang lebih best!
Page Ranknya pula masih di tahap minimum.

p/s- Aku lebih tertarik, menarik, kau memang Da Boom! dengan banner beranimasi warna biji remia dibawah FeedJit Kelab IM tue.

Banner ini:


Nasihat aku yang kedua:
Ko dijemput klik banner disebelah dan buatlah pembelian! Hohohoho...

Sunday, January 18, 2009

Januari 09: Kemunculan Majalah IM Isu 9

Salam Sejahtera Buat Semua...

Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan salam tahun baru kan?

Yup... kita masih di bulan Januari, dan coretan aku pada kali ini
berkaitan juga dengan kemunculan majalah IM di awal tahun ini...
Pejam celik sudah isu ke-9 majalah ini diterbitkan.
Apa yang boleh boleh katakan, sesiapa sahaja boleh memiliki majalah ini...
Tak kira engkau miskin hina, papa kedana atau muflis sekalipun...Hehehe...
kerana ianya percuma beb!


Ok, berkaitan majalah IM bulan Januari nie, korang boleh download disini:
http://www.majalahim.com/wp-content/uploads/majalahim9/majalahim9.pdf

Bermula dari cover depan yang ala-ala natural beauty tue, tambah pula dengan imej
belon-belon tue aku rasa memang sepatutnya begitu la. Sebab hasilnya mungkin dari idea budak skolah, hehehe.. apa yang aku dengar memang ada budak lepasan spm dalam bikin majalah nie... so? idea tue tetap ada...then dengan bertemakan hartanah online dan ayat temubual eksklusif bersama Bob...
... erm.. sapa Bob tue?
Lain la Irfan Khairi ke, Azizi Ali ke.. kenal la gak aku...korang kenal sapa Bob?
Sure tak kenal punya... download je kalau nak tahu... hehehe..
Apapun aku tau gak, bebudak2 yang bikin majalah IM nie diorang skrang dah leh wat income 5-6 angka sebulan...cam best jerk!

Dan macam biasa, DikMal yang merupakan ketua editor mula menata pena sebaik sahaja helaian isi kandungan majalah ni. Memang dah dilatih wajib ada kata-kata ketua editor...
Dan sempena tahu baru, biasa la.. apa lagi kalau bukan tentang matlamat, azam, matlamat dan azam... Apapun aku tak nafikan DikMal nie memang best ar beb,
Aku mengenalnya sebab dia merupakan seorang warga komuniti Ehoza.com dan aku sememangnya sering melakukan tugas moderate di sana...
Dan aku harap DikMal pun dapat membantu sedikit disana, sebab apa yang aku lihat komuniti disana kurang pendedahan berkaitan perniagaan internet yang sebenar. Help me ya DikMal!

Ok.. serius skit, fokus utama majalah IM bulan Januari nie berkaitan hartanah online.
Korang sendiri pun boleh tengok tulisan kat covernya tue... Pergh... bukan main gempak lagi namanya! Tak keterlaluan aku katakan memang sesuai digelar sebegitu sebab ianya merupakan satu perniagaan jual beli laman web. Info padat dalam 40 mukasurat nie amat berbaloi untuk tambah ilmu dalam bidang nie...

Kalau rumah boleh dijual beli begitu juga dengan lama web, satu pendedahan eksklusif
turut dibicarakan dalam majalah IM kali ini. Bukan aku nak omong kosong, bukan aku nak puji lebih, info yang aku kaji rupanya Bob nie memang ada power skill dalam urusan jual beli laman web nie...sahih dan confirm la kata orang...

Mobilelah.com... cuba korang tengok web nie..
Ada ke orang nak beli? Berapa anggaran korang kalau nak jual?
Atau berapa korang sanggup bayar?
Tak nak aku celoteh panjang... dengan hasil teknik dari Bob,
aku dengar web tue dah berjaya dijual dengan harga RM10K.
10 ribu ringgit malaysia beb!!!
Mau kalau ada 10 laman web camtu, beli hartanah offline aku...
tak layan dah hartanah online nie... hehehe...

Dan berita yang lagi best, BlogOhBlog.com kepunyaan Bob nie telah dijual
dengan nilai USD10,000!!! Macam mustahil kan? Tapi inilah realitinya!
Tak layan dia dengan Ringgit Malaysia ek? hehehe...

So Bob, aku dah kenal ko Bob, leh la ajar aku lak pasni ya?
Dan dalam majalah nie gak beberapa nama yang terkenal dalam dunia
perniagaan internet turut kelihatan, seperti SmartZul, Zamri Nanyan, Kidino, Amirol, Alang, Galadriel, Amar Mahmood dan Hairul memberikan idea dan pendapat mereka dalam isu ke-9 Majalah IM ini.

Aku tak nafikan idea dan rahsia nama-nama diatas nie memang sentiasa orang nak cungkil sebab semuanya atas dasar pengalaman dan kemahiran diorang.
Panjang la pulak aku rasa kali ni.

Cuma apa yang aku nak ucapkan, semoga majalah IM ini terus maju dan yang paling penting terus FREE!!! hehehe...

Salam,

Razif Yusof
Mulakan 2009 Dengan Perniagaan Internet...
p/s - Jika berminat mendapatkan isu-isu lepas layari: http://www.majalahim.com

Tuesday, September 9, 2008

Pertandingan Dari Raja Kamil

Dari Meja Raja Kamil,

Apakah pertandingannya ?
Pertandingannya begini. Saya akan pantau setiap post dan ruangan komen.
Siapa yang komennya #1 (mula-mula) dan terbanyak, dia adalah pemenang bagi HP ni.
Saya akan evaluate (secara manual), semua post saya yang bermula dari post ini hingga post akhir bulan 12.


Syarat-syarat:
1. mesti warganegara Malaysia
2. tinggal di Malaysia (kalau luar, kos penghantaran kenalah tanggung sendiri )
3. mana-mana komen yang saya tak suka, berhak didelete
4. Semasa membuat komen, anda akan dapati ruangan Nama, Email, Website, dan komen
-Nama tak perlu nama sebenar pun takpe
-Email, tolong sertakan email sebenar untuk pendaftaran* pertandingan
-Website, suka hati nak sediakan atau tidak
-komen hendaklah tidak berunsur 18 (SX,PL,SG) ke atas
5. keputusan adalah muktamad

*Pendaftaran
Untuk menyertai pertandingan ini, anda buat buat satu post mengenai pertandingan ini di blog/website anda. Website baru pun takpe. Dalam post tu, mesti ada

LINK INI >>>PERTANDINGAN SIAPA NOMBOR 1 at Raja Kamil Sang Murobbi IT

Seterusnya, anda perlu komen post ini:
Benda yang kena ada dalam komen untuk pendaftaran ialah
Website : Link ke post anda mengenai pertandingan ini
Email : sertakan email anda yang sebenar untuk urusan perhubungan




Itu sahaja, jika anda tak berapa faham atau tidak berapa jelas,
bolehlah rujuk ke web Raja Kamil...


Terima kasih
Detail berkenaan HADIAH boleh didapati di PERTANDINGAN SIAPA NOMBOR 1 at Raja Kamil Sang Murobbi IT

Selamat Berjaya !