:::Facebook Produk Digital Percuma::: KLIK DIBAWAH!

Sunday, January 18, 2009

Januari 09: Kemunculan Majalah IM Isu 9

Salam Sejahtera Buat Semua...

Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan salam tahun baru kan?

Yup... kita masih di bulan Januari, dan coretan aku pada kali ini
berkaitan juga dengan kemunculan majalah IM di awal tahun ini...
Pejam celik sudah isu ke-9 majalah ini diterbitkan.
Apa yang boleh boleh katakan, sesiapa sahaja boleh memiliki majalah ini...
Tak kira engkau miskin hina, papa kedana atau muflis sekalipun...Hehehe...
kerana ianya percuma beb!


Ok, berkaitan majalah IM bulan Januari nie, korang boleh download disini:
http://www.majalahim.com/wp-content/uploads/majalahim9/majalahim9.pdf

Bermula dari cover depan yang ala-ala natural beauty tue, tambah pula dengan imej
belon-belon tue aku rasa memang sepatutnya begitu la. Sebab hasilnya mungkin dari idea budak skolah, hehehe.. apa yang aku dengar memang ada budak lepasan spm dalam bikin majalah nie... so? idea tue tetap ada...then dengan bertemakan hartanah online dan ayat temubual eksklusif bersama Bob...
... erm.. sapa Bob tue?
Lain la Irfan Khairi ke, Azizi Ali ke.. kenal la gak aku...korang kenal sapa Bob?
Sure tak kenal punya... download je kalau nak tahu... hehehe..
Apapun aku tau gak, bebudak2 yang bikin majalah IM nie diorang skrang dah leh wat income 5-6 angka sebulan...cam best jerk!

Dan macam biasa, DikMal yang merupakan ketua editor mula menata pena sebaik sahaja helaian isi kandungan majalah ni. Memang dah dilatih wajib ada kata-kata ketua editor...
Dan sempena tahu baru, biasa la.. apa lagi kalau bukan tentang matlamat, azam, matlamat dan azam... Apapun aku tak nafikan DikMal nie memang best ar beb,
Aku mengenalnya sebab dia merupakan seorang warga komuniti Ehoza.com dan aku sememangnya sering melakukan tugas moderate di sana...
Dan aku harap DikMal pun dapat membantu sedikit disana, sebab apa yang aku lihat komuniti disana kurang pendedahan berkaitan perniagaan internet yang sebenar. Help me ya DikMal!

Ok.. serius skit, fokus utama majalah IM bulan Januari nie berkaitan hartanah online.
Korang sendiri pun boleh tengok tulisan kat covernya tue... Pergh... bukan main gempak lagi namanya! Tak keterlaluan aku katakan memang sesuai digelar sebegitu sebab ianya merupakan satu perniagaan jual beli laman web. Info padat dalam 40 mukasurat nie amat berbaloi untuk tambah ilmu dalam bidang nie...

Kalau rumah boleh dijual beli begitu juga dengan lama web, satu pendedahan eksklusif
turut dibicarakan dalam majalah IM kali ini. Bukan aku nak omong kosong, bukan aku nak puji lebih, info yang aku kaji rupanya Bob nie memang ada power skill dalam urusan jual beli laman web nie...sahih dan confirm la kata orang...

Mobilelah.com... cuba korang tengok web nie..
Ada ke orang nak beli? Berapa anggaran korang kalau nak jual?
Atau berapa korang sanggup bayar?
Tak nak aku celoteh panjang... dengan hasil teknik dari Bob,
aku dengar web tue dah berjaya dijual dengan harga RM10K.
10 ribu ringgit malaysia beb!!!
Mau kalau ada 10 laman web camtu, beli hartanah offline aku...
tak layan dah hartanah online nie... hehehe...

Dan berita yang lagi best, BlogOhBlog.com kepunyaan Bob nie telah dijual
dengan nilai USD10,000!!! Macam mustahil kan? Tapi inilah realitinya!
Tak layan dia dengan Ringgit Malaysia ek? hehehe...

So Bob, aku dah kenal ko Bob, leh la ajar aku lak pasni ya?
Dan dalam majalah nie gak beberapa nama yang terkenal dalam dunia
perniagaan internet turut kelihatan, seperti SmartZul, Zamri Nanyan, Kidino, Amirol, Alang, Galadriel, Amar Mahmood dan Hairul memberikan idea dan pendapat mereka dalam isu ke-9 Majalah IM ini.

Aku tak nafikan idea dan rahsia nama-nama diatas nie memang sentiasa orang nak cungkil sebab semuanya atas dasar pengalaman dan kemahiran diorang.
Panjang la pulak aku rasa kali ni.

Cuma apa yang aku nak ucapkan, semoga majalah IM ini terus maju dan yang paling penting terus FREE!!! hehehe...

Salam,

Razif Yusof
Mulakan 2009 Dengan Perniagaan Internet...
p/s - Jika berminat mendapatkan isu-isu lepas layari: http://www.majalahim.com

1 comment:

  1. oh Ehozarian ye..hehe..tempat lepak saya. :) nanti kita sama2 aktif internet kat sana ya

    ReplyDelete