:::Facebook Produk Digital Percuma::: KLIK DIBAWAH!

Showing posts with label Majalah IM. Show all posts
Showing posts with label Majalah IM. Show all posts

Thursday, March 5, 2009

Majalah IM - 11 : Satu Pendedahan Dunia Kartun Ke Dunia Digital

Salam Sejahtera,

Majalah IM?
Satu sumber perniagaan internet yang sebenar. Memaparkan realiti dunia online Malaysia. Berapa ramaikah yang sanggup mengeluarkan belanja untuk mengeluarkan sebuah buku tanpa mengambil satu sen sebagai pulangan?

Majalah IM ke-11 (Edisi Mac 2009)



Mungkin ada yang mengenali hasil lukisan diatas?
Bagi peminat dunia kartun dan kartunis pastinya mengenali
satu nama yang pernah mengegarkan tanahair satu ketika dahulu...

Beliau ialah kartunis ubi. Lihat sahaja, jika dahulu 100% lakaran diatas sekeping kertas, kini dengan secara berani beliau melakukan perkhidmatan di dunia internet.
Dan fokus untuk edisi kali adalah lebih kepada menambahkan pendapatan melalui perkhidmatan atau servis.

Dan beberapa orang pakar berkongsi pandangan seperti teknik pemasaran servis, Seperti perkongsian terbaik dari SmartZul dan Alang... Antaranya ialah medium bagi memaparkan servis, teknik memilih perkhidmatan yang anda mampu lakukan dan beberapa teknik yang menarik...

Dan satu temubual khas telah dijalankan diantara team majalah IM dan kartunis Ubi.
Ketahui bagaimana beliau boleh mengorak langkah ke dunia online...

Antara soalan panas dari majalah IM:

Seterusnya sebagai orang lama dalam bidang servis ini, adakah tip-tip rahsia
yang selama ini dipendam seorang saja?


Pada saya, satu perkara...

Dapatkan jawapannya disini...
http://www.majalahim.com/wp-content/uploads/majalahim11/majalahim11.pdf

p/s - Review kali ini ada pertandingan.. jom sertai.. info disini

Tuesday, August 12, 2008

PERCUMA: Majalah IM Edisi Merdeka

Dari meja pengarang Labanon...



MajalahIM #6 ataupun versi Merdeka kini setelah dilancarkan secara rasmi! Kami secara terbuka ingin meminta maaf kepada peminat setia MajalahIM diatas sedikit kelewatan yang berlaku. Jujurnya, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menerbitkan MajalahIM tepat pada waktunya walaupun secara realiti, perkara ini bukanlah mudah. Doakan supaya MajalahIM dapat terbit “on time” ye selepas ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga untuk para penulis MajalahIM yang komited, dedikasi dan setia bersama MajalahIM tidak kira apa jua rintangan, onak duri dan badai yang melanda, anda semua memang best!

Dikesempatan ini, saya mewakili krew penerbitan MajalahIM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 pada semua pembaca MajalahIM. Merdeka! Merdeka! Merdeka! :D

Terima kasih juga diucapkan kepada cover man kita yang sangat handsome iaitu saudara Kidino. Beliau merupakan seorang usahawan Internet yang saya kagumi sejak sekian lamanya. Beliau banyak berkongsi tip dalam temubual yang diuruskan oleh saudara Nasrun.

Merdekakanlah diri anda dari segala masalah yang membelenggu kehidupan anda! :D Jangan biarkan orang lain “menjelajah” pemikiran anda. Jadilah seorang usahawan yang mempunyai “mindset” yang asli dan tidak terikut-ikut dengan cara orang lain. Ya, meniru tidak salah. Kita boleh berjaya dengan meniru kejayaan orang lain.

Tapi orang yang mengeluarkan idea yang asli atau lebih sesuai diistilahkan sebagai “idealis”, adalah kelompok orang yang benar-benar berjaya dan nama mereka akan diingati dalam sejarah!

Disini saya ingin memetik kata-kata Steve Jobs, pengasas Apple ketika beliau berceramah kepada pelajar-pelajar Stanford University :

“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma - which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.”

Rasanya, tak perlu la saya translate kot. Jadi fikir-fikirkan lah ye (opss, tak niru cara nabil ok?)

Baiklah, kita kembali kepada tajuk asal perbincangan. Antara yang menarik dalam keluaran kali ini adalah :

1. Interview bersama Kidino - Internet Marketer Malaysia yang bertaraf antarabangsa.

2. Cara Tangani Kenaikan Kos Kehidupan oleh Taziln Ibrahim

3. Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma oleh Zamri Nanyan

4. Viral List Building Series oleh Kidino

5. Gagal Kuasai Ilmu Baru - Jadi Usahawan Yang Gagal oleh Osman Affan

…dan banyak lagi!

>> Klik disini untuk download <<

SEBARKAN MAJALAH IM INI KEPADA SEMUA TEMAN ANDA YANG BERMINAT DENGAN PERNIAGAAN INTERNET YANG SEJATI..