Pada kali ini ingin berkongsi kisah dari seorang teman dengan topik
"Buat Duit Dengan eBook".
Kisah ini mempunyai 2 siri dan 1 peluang menghadiri seminar dengan harga promosi.
Buat Duit Dengan Ebook : Siri 1
Rakyat Malaysia masih belum sedar bahawa, medium internet boleh mempercepatkan
sesuatu proses, menjimatkan serta menambahkan hasil pendapatan. Dalam kiraan congak, lebih daripada 100%!
Namun, sudah wujud beberapa pihak yang telah sedar akan peluang ini,
mula menjual produk ebook mereka di internet. Dalam diam, mereka mendapatkan hasil
yang berganda di saat masih ramai yang ragu dan takut untuk bermula!
Kenapa, anda tersentak?
Percayalah, mereka kini tersenyum lebar daripada hasil usaha mereka yang telah merebut peluang ini dengan cepat. Usah hanya tahu memberi komen terhadap sesebuah ebook,
sebaliknya anda juga perlu mengambil peluang yang begitu terbuka luas, mudah dan begitu menguntungkan ini.
Persoalan tidak tahu menulis, tidak ada kepakaran, tidak tahu untuk menulis apa, itu semua hanya alasan jika anda tidak mahu belajar dan mengkaji.
Tahukah anda, produk maklumat seperti ebook adalah salah satu produk yang sentiasa nombor satu atau ‘digemari’ ramai di internet?
Percayalah, anda masuk ke internet pun sebab ingin mencari maklumat bukan?
Dan anda membaca artikel sebab anda ingin tahu bukan? Artikel ini juga adalah maklumat!
Maka, terbukti, produk maklumat seperti ebook, audio dan video amat
bak pisang goreng panas di internet.
Di siri ke-2 artikel ini,
kita akan melihat beberapa perkara berkait seperti kelebihan ebook,
sambutan rakyat Malaysia dan isu keselamatan.
*****
Buat Duit Dengan Ebook : Siri 2
Jika ingin disenaraikan kelebihan-kelebihan medium digital berbanding fizikal, begitu banyak sekali. Begitu juga ebook. Berikut adalah beberapa kelebihan menjual produk informasi seperti ebook berbanding produk berbentuk lain seperti buku bercetak (produk fizikal):
1. Kos Pengeluaran Rendah
Tidak seperti buku biasa yang perlu dicetak, ebook tidak perlu dicetak untuk dijual kepada pembeli. Maka anda tidak memerlukan stok simpanan dan cetakan yang besar. Jimat kos, bahkan zero!
2. Mudah dihasilkan dan dihantar
Tidak perlu dicetak. Penghantaran pula hanya melalui emel samada secara manual atau automatik. Atau boleh juga disimpan di dalam CD sebagai medium penghantaran. Sudah pasti, ia begitu cepat dan mudah untuk dihasilkan.
3. Keuntungan 100% milik anda!
Ya, dengan ebook, kos adalah rendah bahkan tiada sama sekali di dalam proses pengeluarannya. Tiada pihak tengah, tidak perlu berkongsi peratus keuntungan dengan pihak penerbit, tidak perlu menunggu royalti tahunan atau tidak perlu berkongsi dengan sesiapa pun!
4. Mudah untuk dikemaskini dan diperbetulkan kesalahan
Kos ‘correction’ untuk buku bercetak amat tinggi. Tidak untuk ebook, ia boleh dikemaskinikan tanpa sebarang kos! Cepat dan mudah.
5. Ebook menyelamatkan khazanah alam seperti hutan rimba
Anda sedia maklum bahawa hutan (pokok) di dunia ini semakin berkurangan dan kebanyakannya digunakan untuk menghasilkan kertas! Sanggupkah anda hidup tanpa keindahan alam sekitar? Hutan adalah pelengkap kepada proses kitaran kehidupan dan kestabilan ekologi dunia.
Banyak lagi kelebihan ebook berbanding buku bercetak, walau masih ada pro dan kontranya.
Persoalan di sini, bilakah anda ingin menghasilkan ebook anda sendiri?
Case Study:
Sham RajaAdsense.Com memberitahu saya, jualan ebook-nya untuk bulan Julai 2006 adalah sebanyak 147 buah ebook , bersamaan lebih kurang RM5880 (sebuah berharga RM40), tidak ditolak komisen agen/affiliate. Saya bertanya, berapa modalnya? Jawab beliau, “zero”.
Tertelan air liur? Tepuk dada, tanya selera. Jangan hanya melihat orang lain membuat duit, kita hanya menelan air liur sahaja. Peluang sudah di depan mata, hanya perlu ada ilmu sahaja. Pastikan ebook anda ada kualiti yang tinggi.
Tahap Pembelian Ebook Oleh Rakyat Malaysia?
Usah bertanya soalan ini. Kesedaran sudah ada di kebanyakan rakyat malaysia. Adalah menjadi tugas anda sebagai penulis / penjual untuk meyakinkan mereka!
Keselamatan? Cetak Rompak?
Ketahuilah, tidak sampai 1% manusia yang zalim dan pencuri di alam siber ini. baki 99% pengguna internet lagi adalah bakal pelanggan anda. Jangan diri anda dibelenggu persoalan ini yang tiada jalan akhirnya. Tumpukan kepada penulisan, penerbitan dan tingkatkan kualiti dari semasa ke semasa. ‘Berita baiknya’, jika ada orang menjual ebook anda tanpa kebenaran anda, bermakna kandungan ebook anda ada kualiti!
Namun yang pasti, anda tetap perlu melakukan langkah pencegahan awal yang tertentu agar dapat meminimakan tahap cetak-rompak ebook anda.
Di siri akan datang, kita akan mengulas lebih lanjut mengenai isu cetak-rompak ini.
====
Penulis kedua-dua siri diatas adalah Mohd Zulfadli.
Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul di kalangan usahawan internet Malaysia merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang begitu komited dengan industri ini. Dapatkan info percuma melalui emel anda dengan mendaftar secara percuma di http://www.smartusaha.com/news dan anda akan diberikan beberapa ebook PERCUMA di dalam bahasa Melayu.
PELUANG SEMINAR PERNIAGAAN EBOOK DENGAN HARGA PROMOSI:
3 Langkah Membina Perniagaan Ebook Yang Boleh Memberikan Anda Pendapatan 5 Angka Setiap Bulan Secara Automatik & Secara Sambilan!
Daftar Tempat Duduk Anda Sekarang!
Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah segera, tempat adalah TERHAD UNTUK 30 21 ORANG SAHAJA LAGI!!.
No comments:
Post a Comment